Wednesday, 27 November 2013

minggu ke 5, 16/11/13 ; first aid.

first aid

pada minggu ini, kami didedahkan dengan bantuan kecemasan awal iaitu dikenali sebagai first aid. kami memulakan aktiviti dengan pembentangan ringkas tentang first aid untuk menguji pengetahuan asas tentang first aid.







pengetahuan tentang pertolongan cemas banyak kegunaannya. antaranya :

  • merupakan rawatan pertama yang diberikan kepada pesakit.
  • memberi pertolongan mangsa tercedera yang memerlukan rawatan
  • melindungi dan mengurangkan kecemasan mangsa apabila berlaku bencana

 langkah-langkah yang perlu dilakukan:

  • sentiasa tenang semasa menghadapi kecemasan
  • memberi rawatan yang sesuai
  • menghubungi pihak hospital dengan segera
  • memberi maklumat jelas kepada doktor
  • membuat penadahan darah jika perlu
  • berikan perlindungan dan keselesaan kepada mangsa
  • beri bantuan pernafasan jika perlu
  • buang sebarang objek yang merbahaya
  • elakkan orang ramai berkerumun mangsa

sedikit info tentang kadar pernafasan normal seseorang


ini pula kadaran nafas normal seseorang




disini saya pamerkan sekali cara untuk mengira nadi



CPR (CARDIOPULMONARY RESUSCITATION)
  • bantuan kecemasan yang diberikan kepada mangsa kecederaan yang tidak mempunyai denyutan nadi dan tidak bernafas.
  • merupakan kombinasi teknik pernafasan bantuan mulut ke mulut dan tekanan dada.
  • membantu jantung mengepam udara yang dihembus ke seluruh anggota badan.

sebelum melakukan CPR, kita perlulah melakukan pemeriksaan A.B.C :

  1. AIRWAY ( SALURAN PERNAFASAN)
  2. BREATHING ( PERNAFASAN)
  3. CIRCULATION ( PEREDARAN DARAH)




Kami juga diajar tentang jenis-jenis luka. luka terbahagi kepada 3 ;
  1. luka kecil
  2. luka sederhana
  3. luka besar
RAWATAN PENDARAHAN EKSERNAL

Rawatan bagi luka kecil selalunya hanya menggunakan pembalutan kecil seperti plaster sahaja. Tetapi rawatan perlu diberi untuk mengelakkan risiko jangkitan kuman. Antara langkah-langkah rawatannya seperti berikut ;
  1. Bersihkan tangan dengan sabun.
  2. Cuci luka dari tempat luka kearah luar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka.
  3. Keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala.
  4. Lekatkan plaster mengikut saiz luka.
CARA MENAHAN DARAH
  1. TEKANAN TEPAT. Tekan terus pada luka tersebut dengan kain bersih jika tiada apa-apa benda pada luka (gunakan pembalut @ bandage)
  2. TEKANAN TIDAK TEPAT. Tekan pada urat nadi. Gunakan ikatan penjerut (tourniquet). Jangan biarkan penjerut melebihi dari 15 minit. Ikatan yang lupa dilonggarkan sehingga beberapa jam menyebabkan anggota mati dan terpaksa dipotong.
  3. ANGGOTA TERPUTUS. kawal darah dari berterusan keluar. Bahagian putus hendaklah dibungkus dengan kain kasa yang bersih, sebaik-sebaiknya dibasah dengan menggunakan air garam isotonic yang suci kuman. Gunakan penahan seperti ranting kayu atau batang aiskrim dan sendalkan kepada tempat yang patah supaya anggota yang patah tidak bergerak aktif.



 gambar aktiviti kami tentang bantuan kecemasan awal 

















aktiviti minggu ke-4 (ujian tali) -26 Oktober2013-

Assalamualaikum..
Pada minggu ini, kami telah diajar megenai ikatan tali yang amat berguna
 semasa menyertai perkhemahan kelak. Encik Mohammad telah mengajar beberapa ikatan tali.

Antara ikatan tali :

1)  simpul kasih


2)  safely liner

3)  bunga geti



4) figure of 8


5) simpul pulih

6) pendekkan tali

      Setiap ikatan tali banyak kegunaannya iaitu ikatan simpul kasih digunakan untuk menghubungkan 2 tali, safely liner untuk aktiviti flying fox, manakala simpul pulih untuk membawa tali dengan mudah.Berikut merupakan gambar-gambar yang diambil sepanjang kelas berlangsung. Kelas bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 5.30 petang.




En. Mohammad memberikan penerangan.








masing-masing khusyuk mendengar dan mencuba



Kemudian kami melakukan  ujian tali yang di pantau oleh En. Mohammad sendiri.













Setelah ujian selesai, kami mengambil masa beberapa minit untuk membincangkan tentang perkhemahan yang akan kami jalani.





Info tambahan mengenai ikatan.



Jenis-jenis ikatan :

      i.Simpulan(knotting)
Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Digunakanpada benda-benda kecil dan sederhana. Contoh simpulan seperti buku sila, tindihkasih, simpul himpit dan lilit dua simpul.
 ii.Ikatan(lashing) 
Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang, dan papan untuk membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Contoh ikatan seperti ikatan seraya,ikatan serong, ikatan silang gunting dan lilit balak
  iii.Sambat(splicing) 
Sambat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu peralatan.Menyambung dua tali dengan menggunakan sambat adalah baik dan selamat semasadigunakan. Contoh sambat seperti sambat balik, sambat pendek dan sambat mata.
 iv.Mematikan hujung tali(whipping) 
 Seseorang pengakap tidak menggunakan tali sebelum tali itu di matikan. Ia bertujuansupaya tali tidak terburai di hujungnya. Contoh ikatan seperti lilit pemati biasa, lilitpemati selit dan sambat balik.








Aktiviti minggu ke- 3

Minggu ke-3 bertarikh 5 Oktober 2013. Aktiviti dimulakan dengan senaman ringan yang dilakukan bersama-sama yang melibatkan semua ahli kumpulan. Kelas kemudian diteruskan dengan pembentangan oleh 4 kumpulan yang berkisar mengenai KEMAHIRAN INSANIAH. Kemahiran insaniah sangat ditekankan oleh pihak pengurusan tertinggi UPM yang semata-mata ingin melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang bermutu sepanjang berada di UPM dan selepas bergraduasi kelak. Antara teras kemahiran insaniah adalah seperti berikut:


1-Kemahiran Komunikasi
2-Pemikiran Kritis
3-Kepemimpinan
4-Etika dan Nilai Profesional
5-Kemahiran Kerja Berpasukan
6-Pembelajaran Sepanjang Hayat
7-Kemahiran Keusahawanan

Berikut pula adalah gambar-gambar sepanjang kelas berlangsung:
Bergambar bersama sementara ada pemantau. Dan masa ini lah kelas dihadiri oleh semua ahli.  


Fasilitator En.Mohammad Bin Seman dan pemantau bertugas.


Senaman sebelum bermulanya kelas. 








FORMAL!!!


Argh!!! lagi Mat...










Pengalaman dan nasihat berguna daripada pemantau.