Assalamualaikum..
Pada minggu ini, kami telah diajar megenai ikatan tali yang amat berguna
semasa menyertai perkhemahan kelak. Encik Mohammad telah mengajar beberapa ikatan tali.
semasa menyertai perkhemahan kelak. Encik Mohammad telah mengajar beberapa ikatan tali.
Antara ikatan tali :
2) safely liner
4) figure of 8
6) pendekkan tali
Setiap ikatan tali banyak kegunaannya iaitu ikatan simpul kasih digunakan untuk menghubungkan 2 tali, safely liner untuk aktiviti flying fox, manakala simpul pulih untuk membawa tali dengan mudah.Berikut merupakan gambar-gambar yang diambil sepanjang kelas berlangsung. Kelas bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 5.30 petang.
En. Mohammad memberikan penerangan.
masing-masing khusyuk mendengar dan mencuba
Kemudian kami melakukan ujian tali yang di pantau oleh En. Mohammad sendiri.
Setelah ujian selesai, kami mengambil masa beberapa minit untuk membincangkan tentang perkhemahan yang akan kami jalani.
Info tambahan mengenai ikatan.
Jenis-jenis ikatan :
i.Simpulan(knotting)
Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Digunakanpada benda-benda kecil dan sederhana. Contoh simpulan seperti buku sila, tindihkasih, simpul himpit dan lilit dua simpul.
ii.Ikatan(lashing)
Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang, dan papan untuk membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Contoh ikatan seperti ikatan seraya,ikatan serong, ikatan silang gunting dan lilit balak
iii.Sambat(splicing)
Sambat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu peralatan.Menyambung dua tali dengan menggunakan sambat adalah baik dan selamat semasadigunakan. Contoh sambat seperti sambat balik, sambat pendek dan sambat mata.
iv.Mematikan hujung tali(whipping)
Seseorang pengakap tidak menggunakan tali sebelum tali itu di matikan. Ia bertujuansupaya tali tidak terburai di hujungnya. Contoh ikatan seperti lilit pemati biasa, lilitpemati selit dan sambat balik.
No comments:
Post a Comment