first aid
pada minggu ini, kami didedahkan dengan bantuan kecemasan awal iaitu dikenali sebagai first aid. kami memulakan aktiviti dengan pembentangan ringkas tentang first aid untuk menguji pengetahuan asas tentang first aid.pengetahuan tentang pertolongan cemas banyak kegunaannya. antaranya :
- merupakan rawatan pertama yang diberikan kepada pesakit.
- memberi pertolongan mangsa tercedera yang memerlukan rawatan
- melindungi dan mengurangkan kecemasan mangsa apabila berlaku bencana
langkah-langkah yang perlu dilakukan:
- sentiasa tenang semasa menghadapi kecemasan
- memberi rawatan yang sesuai
- menghubungi pihak hospital dengan segera
- memberi maklumat jelas kepada doktor
- membuat penadahan darah jika perlu
- berikan perlindungan dan keselesaan kepada mangsa
- beri bantuan pernafasan jika perlu
- buang sebarang objek yang merbahaya
- elakkan orang ramai berkerumun mangsa
sedikit info tentang kadar pernafasan normal seseorang
ini pula kadaran nafas normal seseorang
disini saya pamerkan sekali cara untuk mengira nadi
CPR (CARDIOPULMONARY RESUSCITATION)
- bantuan kecemasan yang diberikan kepada mangsa kecederaan yang tidak mempunyai denyutan nadi dan tidak bernafas.
- merupakan kombinasi teknik pernafasan bantuan mulut ke mulut dan tekanan dada.
- membantu jantung mengepam udara yang dihembus ke seluruh anggota badan.
sebelum melakukan CPR, kita perlulah melakukan pemeriksaan A.B.C :
- AIRWAY ( SALURAN PERNAFASAN)
- BREATHING ( PERNAFASAN)
- CIRCULATION ( PEREDARAN DARAH)
Kami juga diajar tentang jenis-jenis luka. luka terbahagi kepada 3 ;
- luka kecil
- luka sederhana
- luka besar
RAWATAN PENDARAHAN EKSERNAL
Rawatan bagi luka kecil selalunya hanya menggunakan pembalutan kecil seperti plaster sahaja. Tetapi rawatan perlu diberi untuk mengelakkan risiko jangkitan kuman. Antara langkah-langkah rawatannya seperti berikut ;
- Bersihkan tangan dengan sabun.
- Cuci luka dari tempat luka kearah luar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka.
- Keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala.
- Lekatkan plaster mengikut saiz luka.
CARA MENAHAN DARAH
- TEKANAN TEPAT. Tekan terus pada luka tersebut dengan kain bersih jika tiada apa-apa benda pada luka (gunakan pembalut @ bandage)
- TEKANAN TIDAK TEPAT. Tekan pada urat nadi. Gunakan ikatan penjerut (tourniquet). Jangan biarkan penjerut melebihi dari 15 minit. Ikatan yang lupa dilonggarkan sehingga beberapa jam menyebabkan anggota mati dan terpaksa dipotong.
- ANGGOTA TERPUTUS. kawal darah dari berterusan keluar. Bahagian putus hendaklah dibungkus dengan kain kasa yang bersih, sebaik-sebaiknya dibasah dengan menggunakan air garam isotonic yang suci kuman. Gunakan penahan seperti ranting kayu atau batang aiskrim dan sendalkan kepada tempat yang patah supaya anggota yang patah tidak bergerak aktif.